Tuesday, February 19, 2013

Al Jabbar Mesin Terapi Pilihan Ramai





Rangkaian Produk Kesihatan konsep moden yang dikeluarkan serta diedarkan oleh Syarikat Bumiputera Al Jabbar Group Sdn Bhd telah ditubuhkan bermula sejak tahun 2000. Bermula dengan keluaran Tonik Hati HB Plus untuk membantu pesakit yang mengalami masalah hati/penghidap dan pembawa Hepatitis. Al Jabbar meluaskan rangkaian produk dengan pengenalan kepada produk kesihatan moden yang banyak diguna oleh masyarakat luar negara 

Rawatan kaedah moden ini adalah alternatif bagi anda untuk mendapatkan rawatan tanpa pembedahan serta pengambilan ubat-ubatan yang kerap dan mahal. Hubungi kami untuk mengetahui cara-cara dan bagaimana rawatan ini boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga.




Al Jabbar Group Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat seratus peratus dimiliki oleh bumiputera melayu. Ditubuhkan seawal 1997, dan di asaskan oleh Encik Mohd Kamaruzaman Bin CheHussain (38 tahun). Anak syarikat pertama yang ditubuhkan, adalah Pusat Perubatan Herba Al Jabbar. Dengan mengeluarkan produk pertama , iaitu Jabbar Hidayah Hb Plus ataupun, terkini lebih dikenali sebagai Tonik Hati. Tonik hati merupakan produk yang khusus penggunaannya untuk penyakit keradangan hati. 


Rentetan daripada itu , Al Jabbar Group Sdn Bhd, populariti Al Jabbar terus memuncak apabila produk tonik hati telah mula mendapat sambutan dengan strategi promosi dan pengiklanan yang tepat dan berkesan. Dimana, pada tahun 2008, AL Jabbar telah memindahkan pusat operasinya daripada lokasi asal iaitu di Jalan Alagendra, Kajang ke pusat Bandar Baru Kajang , iaitu di Taman Prima Saujana , Kajang.


Dengan perkembangan yang sangat drastik dan positif itu, Al Jabbar telah menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang diberi nama AL Jabbar Healthcare Sdn Bhd pada tahun 2008 , dengan mengedar dan memasarkan produk - produk berasaskan mesin kesihatan dan sistem penapisan air seperti Dr Jism, Family Dr, Dr Jabbar, kerusi urut, termos air aura, dan terkini, memasarkan mesin terapi mewah seperti Dr Jism 10 series dan Therapysm.

Jika dilihat daripada perkembangan cabang perniagaan yang begitu agresif di Al Jabbar Group, sekaligus ianya membuktikan Al Jabbar adalah syarikat bumiputera yang berdaya saing, berketrampilan dan menjadi pencetus fenomena kepada aplikasi penggunaan teknologi kesihatan berasaskan kaedah elektrostatik di Malaysia.
Syabas, Al Jabbar…….