Info Kesihatan

KENALI Masalah Penyakit ANDA!!!


DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu menghadapi peningkatan tekanan darah di atas garisan normal yang biasanya ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) semasa pemeriksaan tekanan darah yang menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun yang menggunakan alat-alat digital yang lain.

      
Angka normal tekanan darah bagi seseorang yang mempunyai ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah pada 120/80 mmHG. Dalam aktiviti sehari-hari, tekanan darah normalnya biasanya adalah pada nilai angka stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah akan menurun semasa tidur dan akan meningkat pada waktu beraktiviti atau berolahraga.

              

Apabila seseorang itu menghadapi tekanan darah tinggi dan tidak mengambil ubat dan pengawalan secara teratur, maka perkara ini mungkin boleh membawa penderita kepada keadaan-keadaan yang serius dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi yang berterusan juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu bekerja lebih keras, yang akhirnya boleh membawa kepada keadaandimana terjadinya kerosakan pada pembuluh darah jantung, ginjal, otak dan mata. Penyakit darah tinggi ini juga merupakan penyebab umum terjadinya stroke dan serangan jantung.

Tekanan darah tinggi atau Hipertensi dikenali dengan 2 jenis klasifikasi, iaitu Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary :

Hipertensi Primary

Hipertensi Primary merupakan suatu keadaan dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat dari gaya hidup seseorang dan faktor persekitaran. Seseorang yang mempunyai cara pemakanan tidak dijaga dan menyebabkan terlebihnya berat badan atau mungkin obesiti, merupakan pencetus awal untuk seseorang itu terkena penyakit darah tinggi.

Begitu pula sesorang yang berada dalam persekitaran atau keadaan stress sangat mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang beriadah pun boleh mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi Secondary

Hipertensi secondary adalah suatu keadaan dimana terjadinya peningkatan tekanan darah sebagai akibat daripada seseorang itu menderita penyakit lainnya seperti kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Selain itu,bagi Ibu yang mengandung, tekanan darah secara umumnya akan meningkat pada waktu kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau gemuk.

Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini merupakan istilah perubatan bagi wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan Hipertensi pada ibu mengandung adalah sederhana ataupun tergolong parah/berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia pada masa kehamilannya itu.

Preeclampsia adalah keadaan seorang wanita hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesan seperti pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai kesan darah tinggimaka disebut Eclamsia.

  

Panduan sasaran tekanan darah

140/90 mm Hg atau kurang – Jika anda orang dewasa yang sihat
130/80 mm Hg atau kurang – Jika anda pesakit ginjal kronik, diabetes atau masalah koronari arteri atau berisiko terhadapnya.
120/80 mm Hg atau kurang – Jika jantung anda tidak mengepam seperti sepatutnya kerana masalah jantung atau masalah ginjal sangat kronik.


JANTUNG

SETIAP tahun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.

Namun kini, lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, 500 kematian direkodkan.

Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun.

“Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

  

“Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

“Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya,” kata Dr. Quek.



KENCING MANIS


diabetes










Peringkat - Peringkat Perkembangan Kencing Manis 

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.



Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.



Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.



Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.


Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.


Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.


Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul  Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...



Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha...


Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!



Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.


Peringkat Kesebelas: Peringkat Terakhir?

Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir..




GOUT

Peringkat-peringkat Perkembangan Gout

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat, Gelap, dan Mengalir Dengan Perlahan



Peringkat Kedua: Kerap Rasa Letih dan Lesu. Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus.



Peringkat Ketiga: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama



Peringkat Keempat: Serangan Gout pada Ibu Jari Kaki atau Buku Lali



Peringkat Kelima: Serangan Gout Mula Merebak ke Lutut dan Tangan



Peringkat Keenam: Jari-jari Mula Mengeras dan Bengkok



Peringkat Ketujuh: Tofi Mula Menonjol Di Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus Muncul Di Sekeliling Cubing Telinga



Peringkat Kelapan: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.



Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?



BUAH PINGGANG

  


Salah seorang Pakar perunding nefrologi, Dr S Prasad Menon menyarankan agar kita menjalani ujian buh pinggang bila tiba hari jantung sedunia, kerana apabila fungsi buah pinggang mengalami kerosakan, risiko penyakit kardiovaskular pun bermula. Penyakit kardiovaskular juga menyumbang lebih daripada 50% kematian di kalangan pesakit buah pinggang kronik.Risiko kematian akibat strok, jantung atau penyakit kardiovaskular bagi orang dewasa yang menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir meningkat kepada 10 hingga 30 kali.

Menurut Dr S Prasad lagi, ada perkaitan antara jantung dan buah pinggang, dan kaitan ini di namakan sindrom buah pinggang – jantung atau sindrom jantung – buah pinggang di mana pada asasnya, mencadangkan organ organ lain boleh terjejas secara akut atau kronik akibat dari penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang. Jadi, ini bermakna, jika anda melindungi jantung, anda boleh melindungi buah pinggang dan jika anda melindungi buah pinggang, anda boleh melindungi jantung.

Bagaimana jantung dan buah pinggang berkait antara satu sama lain? Menurut Dr.Prasad, buah pinggang juga berfungsi mengawal tekanan darah. Kerosakan fungsi buah pinggang boleh mengganggu tekanan darah. Tekanan darah tinggi juga boleh menambah kerosakan buah pinggang, selain merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Fungsi rembesan hormon dan penyingkiran air dari badan oleh buah pinggang juga terganggu. Ini boleh menyebabkan bengkak akibat pengumpulan air. Faktor-faktor ini meningkatkan isipadu darah dan fungsi jantung menjadi lemah kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak untuk keperluan seluruh badan. Lama kelamaan, jantung gagal berfungsi. Bagi Dr S Prasad kaitan penyakit jantung dan buah pinggang ini dinamakan dengan ‘pam dan tapis’ kerana jantung mengepam darah ke seluruh badan termasuk untuk kegunaan buah pinggang dan buah pinggang menapis darah. Jika pam rosak maka buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penapis. Maka kedua-dua organ ini perlulah dijaga dengan baik.

Orang awam kini telah mempunyai kesedaran tentang risiko risiko klasik kardiovaskular, jadi mereka mereka berusaha untuk menjaga berat badan, tekanan darah, paras kolesterol gula dalam darah. Merokok meningkatkan risiko penyakit jantung, juga penyakit buah pinggang. Kerosakan pada buah pinggang selalu juga ditandai oleh paras glukosa dan kolesterol dalam darah. Maka, menurut Dr S Prasad lagi, pemeriksaan buah pinggang adalah amat perlu bila seseorang itu berada dalam keadaan ini. Dr S Prasad berpendapat bahawa setiap orang perlu menjalani pemeriksaan tahunan fungsi buah pinggang melalui ujian kehadiran albumin dalam air kencing, sebagai salah satu cara mencegah penyakit kardiovaskular.

Kebanyakan kes pesakit buah pinggang kronik, mereka tidak menyedari penyakit yang mereka hidapi kerana simptom penyakit buah pinggang biasanya muncul pada peringkat yang lebih teruk. Kata dr S Prasad lagi, 10 peratus daripada masyarakat awam menjalani kehidupan harian sambil tidak menyedari fungsi buah pinggang mereka makin merosot setiap hari dan menunggu masa simptom keterukan penyakit buah pinggang muncul seumpama bom jangka. Risiko strok, serangan jantung atau risiko lain penyakit berkaitan yang teruk menjadi tinggi bagi individu yang seperti ini. Dr S Prasad menyarankan agar masyarakat menjalani ujian kehadiran albumin dalam air kencing pada hari jantung sedunia kerana merupakan langkah yang baik. Pengesanan awal adalah yang terbaik, kerana risiko mendapat serangan jantung adalah satu kepastian jika anda penghidap penyakit buah pinggang. Pengesanan awal adalah jauh lebih baik berbanding perlu menjalani dialisis seumur hidup kerana kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan sentiasa ketakutan terhadap kematian pramasa akibat penyakit kardiovaskular.


ASMA

  

Tanda-tanda dan simptom pesakit Asma adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan(minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan(bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
-Pernafasan yang pendek
-Sakit-sakit dada
-Sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
-Bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
-Batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam

Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
-Serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
-Kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)













No comments:

Post a Comment